CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, February 26, 2011

__NILAI PERSAHABATAN__

Sahabat,

Jika suatu masa engkau ditakdirkan bertemu seorang kawan, yang sanggup bersusah keranamu atas nama kesetiaan, sering mendahulukanmu atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, yang menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, ketahuilah olehmu sahabat, Dia bukan hanya seorang kawan tetapi Dialah seorang saudara dan juga sahabat..

Tetapi Sahabat,

Sekiranya engkau berasa beban kerananya, berasa ragu akan keikhlasannya, itulah tandanya engkau tidak seikhlas dia, andainya engkau buka keaibannya, itu tandanya engkau melaknati kejujurannya. Engkau juga tidak menghargai segala kabaikannya terhadap engkau..

Bila engkau mula menyedari dia tidak mengendahkan engkau lagi, dan mula bersikap dingin dan berubah, janganlah engkau termakan hati dengan sikapnya itu..

Ketahuilah,

Betapa dia sebenarnya, menelan hempedu sendi yang mendalam kerana prihatin dan kasih sayangnya, kejujuran dan keikhlasannya, engkau permainkan..Maka setelah itu, usahlah engkau harapkan sesuatu darinya lagi, kerana dia telah hilang kepercayaan padamu..Engkau juga takkan bertemu dengan kawan sepertinya lagi..

Oleh itu Sahabatku,

Hargailah sebuah persahabatan, sebelum ia hilang dari dirimu…

0 comments: