CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, May 17, 2011

hafal dan hafal..

Selalu tak dpt A n gagal dlm exam? Terase bodoh cam lembu dikalangan rakan2? kene marah ngn mak bapak sebab tak cemerlang dalam exam?

jgn risau..aku ade tips untuk mengatasi masalah korang..

dunia ni memang penuh dgn masalah. masalah hidup, masalah pelajaran, masalah putus cinta, masalah perut buncit dan bermacam2 masalah lagi.

tapi semue masalah, pasti ade jalan penyelesaiannya.insyaALLAH.. sbgai contoh.. kalau lapar,, makan.. kalau dahaga,, minum.. kalau rambut buruk,, pergi la saloon.. kalau penat jalan kaki,, naik kete..kalau da tau muke tak lawa/hodoh,, takyah la nak bajet hot/ nak ngorat jantan yg nak awek yg cun(senang cite klu korang rse korang still bergelar pelajar,,tak yah la nak m’gatal..seluar dalam pun mak ko yg beli lgi).. kalau tak tahu, tanyela.. kalau nak kene tumbuk, tanye la banyak2 kali sampai orang yg ditanyakan naik hangin..jadi kalau nak dapat A dlm pelajaran,, belajar la.

 untuk jadi pelajar yang cemerlang yg paling utama skali. skill MENGHAFAL perlu oustanding. maknenye boleh menguasai hikmat menghafal dengan flying colours..ngee2

mengikut pengalaman aku.. kenape aku sering gagal untuk 'mengembangkan' hidung mak bapak aku (tdk terkecuali akak aku y slalu push aku utk study) dalam arena pembelajaran ni adalah kerana aku malas gila nak menghafal.. padahal senang jer nak dapat A.

ni la yg slalu aku wat klu nak score dlm exam

*beli buku yang disarankan oleh ckgu2.
*bce buku dlm kul 12.ooa.m-2.ooa.m ( aku suke bce time ni sbb snang nak msuk otak n snang utk aku tido..ngee3)
*baca buku (mulekan dgn bismillah dan doa nak blajar)
*hafal isi kandungan buku tu.
*hafal lagi.
*pakse diri hafal setiap kandungan buku tu.(klu  rse malas,,lawan setan dlm bdn tu)
*hafal lagi dan lagi.sampai dah takde bende  yang nak dihafalkan lagi. (nak dapat A ke takni?)
*pergi ambil exam,, jgn tak hafal pulak name..huk huk
*bile paper da dpan mate,,luahkan kembali ape yang korang hafalkan itu..
* Tips da abes..



simple kan?hohoho.. steps2  aku senang je.. hafal semua bnda yang kuar time exam n lastly tawakal.. hafal n hafal.. non stop..ngee2..

tapi ade orang kata. belajar ilmu dgn ikhlas untuk digunekan dalam kehidupan harian dgn belajar ilmu untuk dpt cemerlang dlm exam adelah berbeza. seriously kan, kalau korang blajar untuk prekse. abes prekse je banyak yang korang hafal tu hilang camtu jer, berbanding dgn blajar untuk digunekan dalam kehidupan seharian.sampai mati ingat. Betul tak?? Ok papai..

Selamat hari GURU
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Tuesday, May 10, 2011

huh! bez kan klu sgala perasaan itu,,,,,,,,,







Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..
jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…

Kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…

Sakit itu indah..
jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…

Benci itu indah..
jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..
jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Saturday, February 26, 2011

__NILAI PERSAHABATAN__

Sahabat,

Jika suatu masa engkau ditakdirkan bertemu seorang kawan, yang sanggup bersusah keranamu atas nama kesetiaan, sering mendahulukanmu atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, yang menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, ketahuilah olehmu sahabat, Dia bukan hanya seorang kawan tetapi Dialah seorang saudara dan juga sahabat..

Tetapi Sahabat,

Sekiranya engkau berasa beban kerananya, berasa ragu akan keikhlasannya, itulah tandanya engkau tidak seikhlas dia, andainya engkau buka keaibannya, itu tandanya engkau melaknati kejujurannya. Engkau juga tidak menghargai segala kabaikannya terhadap engkau..

Bila engkau mula menyedari dia tidak mengendahkan engkau lagi, dan mula bersikap dingin dan berubah, janganlah engkau termakan hati dengan sikapnya itu..

Ketahuilah,

Betapa dia sebenarnya, menelan hempedu sendi yang mendalam kerana prihatin dan kasih sayangnya, kejujuran dan keikhlasannya, engkau permainkan..Maka setelah itu, usahlah engkau harapkan sesuatu darinya lagi, kerana dia telah hilang kepercayaan padamu..Engkau juga takkan bertemu dengan kawan sepertinya lagi..

Oleh itu Sahabatku,

Hargailah sebuah persahabatan, sebelum ia hilang dari dirimu…

Monday, February 21, 2011

~~jom mengarut mlm2 ni!!!!!!!!!!!!!!!!

 Bismillahirahmanirrahim n Assalamualaikum.


''mngkin aku salah d matamu,,mngkin aku lemah d matamu,,tpi tak pernah terfikir kau pergi tinggalkan aku..''hee.. malam ni tetibe je aku nk try feeling2 ngn lgu dri kmpulan radja ni.. hem,, mngkin lgu ni d tujukan kpde psngn bcinte y hri2 duk ckp 'i luv u'... tpi bgi aku la kan,, lgu ni d tujukan khas untuk kwn aku y sorang ni..(ehem2,,kwn aku ni perempuan ye,,bukan lelaki).. omg! i miss u so much my dear..kamu rndu kat sye tak?? msti la jwpannye 'TAK'..aku tak thu la ape status aku ngn die skrg ni..bersahabat lgi ke tidak ha??????????????? huh! i beg ur pardon.. ( T  _  T  ) UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA!!
insyaAllah!
                                              
                                       ~~ jom layan lgu ni~~

                                                                 
                                          Bila aku salah
Tolong maafkanlah
Ku tak ingin membuat
Kau menangis
Aku tahu kau marah
Aku tahu kau luka
Tapi jangan paksa
‘tuk berpisah
Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah
Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku

Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku
Aku tahu kau marah
Aku tahu kau luka
Tapi jangan paksa
‘tuk berpisah
Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah
Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku
Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku
Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang walau kita susah
Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku
Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku
Mungkin aku salah di matamu
Mungkin aku lemah di matamu
Tapi tak pernah terpikir
Kau pergi tinggalkan aku
Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku

Thursday, February 17, 2011

==WARKAH TERAKHIR UNTUK SI DIA==



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."
Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :
"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)
Dengan itu walaupun hati kita sudah semakin jauh,aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata,janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...