CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 25, 2012

makna persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

Thursday, June 7, 2012

mind your own business..!!


Aku gelak, kau kata aku gila.
Aku pakai tudung labuh,,kau kata aku berlagak alim.
Aku pergi tandas,,kau kata aku nak melawa.
Aku pergi padang,,kau kata aku bajet olahragawati.
Aku termenung,,kau kata aku ingat pakwe.
Aku tengok doraemon,,kau kata aku macam budak2.
Aku berdiri dari tempat duduk,,kau kata aku nak tunjuk badan.
Aku obses dengan kucing,,kau kata aku pelik.
Aku diam,,kau kata aku tengah frust nonggeng.
Aku bercakap,,kau kata cerita aku asyik nak gebang je.
Aku tak bergaul,,kau kata aku sombong/suka buat hal sendiri.
Aku berkawan,,kau kata kau ‘jeles’ tengok aku dengan dia.
Aku tak couple,,kau kata aku tak up to date.
Aku couple,,kau kata ‘harap je tudung labuh’.
KAU INGAT KAU TU MAKSUM KE??                


Wednesday, May 30, 2012

speechless~~~


Ya Allah... 
Lupakah si dia kepada aku... 
Lupakah si dia bahawa aku sahabatnya... 
Lupakah si dia yang aku sentiasa mengingatinya 
Lupakah si dia lupakah si dia lupakah si dia... 
Ya Allah... 
aku redha mungkin ini jalan penyelesaiannya...
aku redha aku mungkin bukan sahabat yang baik buatnya... 
aku redha mungkin aku hanyalah insan yang tiada dihatinya...
aku redha aku redha aku redha..  
Ya Allah 
Hanya padaMu aku bermohon
Hanya padaMu sahaja 
Ya Allah aku tahu mungkin inilah takdirnya... 
aku redha Ya Allah...



Wednesday, October 12, 2011

WORDLESS THURSDAY

I hate you .. 
Hate remembering your face and your smile ..
Hate how you used to annoy and make me smile at the same time ..
I hate hearing your name
 
And I hate looking at things that remind me of you ..
 
In other words,,,,,,,,,,,,,

I MISS YOU!!!!!!

Friday, September 30, 2011

Bicara Sahabatmu Ini......

Terima kasih atas segala yang telah kau berikan padaku.. Semoga kebaikan dan keikhlasanmu itu akan menjadi saksi dihadapanNya nanti.. Saat Allah mentakdirkan kita bertemu.. Telah aku bisikkan didalam hati.. Bahawa sesungguhnya kita bertemu dan bersahabat adalah kerana Allah dan satu hari nanti… bila sampai waktunya… semoga kita berpisah juga keranaNya Yang Maha Esa.......

Meskipun dalam diri ini mengatakan dengan bangga bahawa aku tak perlukan seorang teman atau sahabat.. Tetapi....... Jauh disudut hatiku terselit rasa kesunyian yang teramat sangat.. Lantaran keegoanku.. Ku lontarkan kata2 sebegitu…Seorang sahabat sejati adalah anugerah daripada Allah..Kemana dia pergi kita akan mencari.. Dari mana dia datang tak perlu kita ketahui.. Tetapi kemana dia menghilang kita pasti merindui... 
Akan aku semat ikrar kita dalam hatiku.. Akan ku simpan ukhwah yang telah terbina supaya menjadi satu kenangan yang tak pernah aku lupakan................