CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, February 14, 2011

..::Cara elak bersalaman dengan bukan muhrim::..

1. Bila menerima sijil atau anugerah,
penyampai anugerah itu bukan muhrim,
dan dia menghulurkan tangan.

2. Bila kita melawat rumah orang, dan
tuan rumah menghulurkan tangan.

3. Bila tetamu datang, dan dia
menghulurkan tangan.

Dalam semua kes, kita menghadapi
dilema apabila orang yang bukan muhrim
menghulurkan tangan untuk berjabat.
Kita mesti terfikir “alamak knape dia
hulur ni”, dan kita perlu membuat
split second keputusan samada mahu
salam untuk menyenangkan hati dia,
atau enggan salam untuk menjaga
hubungan dengan Allah azza wa Jalla.
Tetapi jangan kalau dia tak hulur,
kita hulur pula!!

Ini adalah beberapa tips yang aku nak kongsi
 bersama untuk mengelakkan kita
berjabat tangan dengan bukan muhrim.

1. Apabila mendekati tetamu, letakkan
tangan di belakang korang. Ini merupakan
signal pertama bahawasanya kita tidak
mahu bersalam.

2. Tetapi jika dia tetap hulur, kata
kat dia “maaf tuan/puan, saya ada air
sembahyang” (walaupun takde wudhu’,
bantai je ckp, lebih baik tipu demi
menjaga kesucian kita)

3. Selalunya dia kata “owh it’s ok”.

4. Tetapi jika dia tetap berdegil,
kata kat dia “tak nak!!” (kpd sesiapa
yang berani sahaja,klu aku pun tak brani..heee)

5. If not, kalau terdesak sangat,
panjangkan lengan baju sampai menutupi
tangan, dan salam lah.

Ini merupakan beberapa langkah untuk
mengelakkan berjabat tangan secara
BERHIKMAH. Tetapi kalau  korang seorang
yang sangat kuat imannya, boleh juga
elak jabat+dakwah dia terus.

“Maaf tuan/puan, HARAM!”

Bergantunglah kepada keupayaan kita
ya.

Semoga kita dapat mengaplikasikan cara
ini demi ALLAH ta’ala

0 comments: