CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, January 22, 2011

SAHABATKU BUAH HATIKU

Kisah dua sahabat:-

Kaab bin Ahbar meriwayatkan, di akhirat nanti ada dua sahabat karib yang saling berbuat baik antara satu sama lain semasa di dunia. Ketika di akhirat salah seorang daripadanya kekurangan satu pahala , lalu dia diheret oleh malaikat Zabaniah menuju ke neraka. Manakala yang satu lagi mempunyai kelebihan satu pahala yang menyebabkan dia akan masuk ke syurga.

Maka sahabat yang hendak masuk ke syurga ini merasa sedih apabila melihat kawan baiknya hendak dihumban ke neraka. Lalu diberi satu pahala kepunyaannya kepada kawan yang hendak ke neraka ini tadi. Dia redha, biarlah dia tidak ke syurga asalkan dia dapat menolong sahabat baiknya dari seksaan neraka. Maka jadilah mereka berdua sebagai golongan Ashabul A’raf (tidak kesyurga mahu pun neraka).


Disebabkan kebaikan sahabat ini tadi, maka kedua-duanya Allah SWT persila ke syurga.

Pengajaran daripada kisah ini, buatlah baik dengan semua orang nescaya akan ada orang yang kita buat baik semasa di dunia dahulu yang akan bantu kita di akhirat kelak...insya Allah..


0 comments: